MyGov Portal
SearchFunction
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Feedback From
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation

Laman Web Rasmi Jabatan PERHILITAN

Soalan Lazim - Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

Adakah terdapat apa-apa bayaran yang dikenakan untuk melawat dan menjalankan aktiviti di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Lanchang, Pahang?

Lawatan dan menjalani aktiviti bersama gajah di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah adalah percuma sehingga kini. Walau bagaimana pun, tuan boleh menderma di dalam tabung yang disediakan oleh Jabatan.

Bagaimana saya hendak pergi ke Kuala Gandah dari Kuala Lumpur sekiranya saya menggunakan kenderaan sendiri?

Perjalanan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh Raya Timur Barat. Keluar melalui persimpangan Lanchang dan bergerak menuju Raub. Papan tanda akan menunjukkan arah pusat tersebut dan sebelum tiba ke destinasi anda akan melalui perkampungan Orang Asli.

Apakah aktiviti yang dijalankan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Lanchang, Pahang?

Di sebelah pagi, pelawat dapat melihat bahan pameran, tayangan video berkaitan program pemindahan Gajah liar dan melihat Gajah-gajah di dalam kawasan kurungan. Aktiviti bersama gajah bermula selepas jam 2.00 petang. Tedapat kedai makan yang diuruskan oleh masyarakat terdapat di kawasan tersebut di mana anda dapat menikmati hidangan yang disediakan. Makanan untuk diberi makan kepada gajah telah disediakan dan anda tidak perlu membawanya dari luar.

Harini: 9