Di Semenanjung Malaysia, spesies hidupan liar yang dilindungi adalah spesies yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama dan Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dan spesies yang disenaraikan di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]. Jadual spesies ini boleh dirujuk di Senarai Spesies Di Bawah Jadual Akta 716.
Jabatan PERHILITAN mengeluarkan beberapa jenis lesen berdasarkan aktiviti dan spesies yang dipohon. Pada lazimnya lesen dikeluarkan bagi aktiviti memburu, mengambil, menyimpan, memungut, menjalankan urusan berniaga, menjalankan perniagaan taksidermi, mengimport, mengeksport atau mengeksport semula hidupan liar yang dilindungi (termasuklah bahagian atau terbitan hidupan liar).
Jabatan juga mengeluarkan Permit bagi aktiviti mengendalikan zoo, pembiakbakaan dalam kurungan komersial, sarkas atau pameran hidupan liar serta menjalankan penyelidikan.
Permohonan lesen boleh dibuat di pejabat PERHILITAN Negeri. Sila rujuk alamat PERHILITAN Negeri yang berkenaan.
CITES atau Convention on Montserratnational Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora merupakan satu konvensyen antarabangsa dimana Malaysia menjadi ahli. Konvensyen ini membolehkan negara-negara berkerjasama untuk memantau perdagangan antarabangsa spesies flora dan fauna, termasuk speises hidupan liar tempatan yang disenraikan di bawahnya. Untuk maklumat lanjut, klik CITES.
Ya, anda dibenarkan membeli dan menyimpan hidupan liar tersebut sekiranya kedai tersebut dilesenkan oleh Jabatan. Dapatkan resit pembelian dan panjangkannya kepada Jabatan PERHILITAN Negeri bagi mendapatkan lesen menyimpan.
Untuk makluman, pengeluaran lesen untuk menangkap murai batu tertakluk kepada Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Musim Terbuka, Kaedah, Masa Memburu) 2014. Pengeluaran lesen menangkap juga adalah mengikut kuota yang dibenarkan. Untuk maklumat lanjut, klik Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar (Musim Terbuka, Kaedah, Masa Memburu) 2014.
Untuk makluman spesies burung Murai Batu dan Kelicap Kunyit hanya dikeluarkan lesen menyimpan setelah burung tersebut berjaya ditangkap dengan kelulusan lesen menangkap terlebih dahulu. Spesies ini tidak dibenarkan diniagakan walaupun oleh peniaga berlesen.
Boleh sekiranya import atau eksport hidupan liar dibenarkan di bawah Akta 716 dan Akta 686. Untuk maklumat lanjut, anda boleh juga merujuk kepada Garis Panduan Import/Eksport Hidupan Liar.
Sila maklumkan serta merta dan pulangkan lesen berkenaan kepada pejabat PERHILITAN negeri yang mengeluarkan lesen menyimpan tersebut.
Tidak boleh. Kesemua flora dan fauna adalah dilindungi dibawah undang-undang.
Burung Layang-Layang Gua (Aerodramus fuciphagus) dan Burung Layang-Layang Hitam (Aerodramus maximus) tidak lagi disenaraikan sebagai spesies yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716]. Oleh yang demikian ianya tidak lagi memerlukan lesen daripada Jabatan PERHILITAN.
Jabatan PERHILITAN mengeluarkan beberapa jenis lesen berdasarkan aktiviti dan spesies yang dipohon. Pada lazimnya Fi yang dikenakan adalah berdasarkan jenis lesen dikeluarkan bagi aktiviti memburu, mengambil, menyimpan, memungut, menjalankan urusan berniaga, menjalankan perniagaan taksidermi, mengimport, mengeksport atau mengeksport semula hidupan liar yang dilindungi (termasuklah bahagian atau terbitan hidupan liar).
Sila rujuk PeraturanFi Lesen, Permit dan Permit Khas 2013dan Pindaan 2013 yang berkenaan.
Permohonan untuk mendapatkan lesen dan permit CITES berkaitan boleh dibuat di Pejabat Jabatan PERHILITAN seperti di alamat berikut:
Pengarah
Jabatan PERHILITAN Wilayah Persekutuan
No 21,Jalan Dwi Tasik 1,Bandar Seri Permaisuri,56000 Cheras,Kuala Lumpur.
Tel: 03-9171 0258/ 03-9171 0260 Faks: 03- 9171 0257
Pengarah
Jabatan PERHILITAN Negeri Johor
Tgkt. 9 Blok B, Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek, 80000 Johor Baru, Johor.
Tel: 07-223 0580 Faks: 07-223 5702
Pengarah
Jabatan PERHILITAN Negeri Pulau Pinang
Tgkt. 40, Bangunan Komtar, 10000 Pulau Pinang.
Tel: 04-261 3039 Faks: 04-261 0330