Kawasan perlindungan adalah merupakan kawasan yang diisytiharkan di bawah Bahagian V Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] yang meliputi Rezab Hidupan Liar serta Santuari Hidupan Liar. Terdapat sejumlah 35 buah kawasan perlindungan meliputi kawasan seluas 714,253 hektar di seluruh Semananjung Malaysia yang diwartakan untuk diuruskan oleh Jabatan PERHILITAN disamping menguatkuasakan undang-undang dikawasan tersebut.
Di dalam kawasan perlindungan tidak dibenarkan menggangu atau mengalihkan semua objek yang terdapat di sana samada tanah-tanih, batuan, hidupan liar atau tumbuh-tumbuhan. Untuk memasuki kawasan ini juga perlu mendapatkan kebenaran terlebih dulu.
Penyelidik boleh mendapatkan borang permohonan daripada Ibu Pejabat, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, KM. 10 Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur. Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia mengandungi maklumat berikut;
Tapak RAMSAR adalah berkepentingan bagi konservasi burung air dan tanah lembap. Terdapat empat Tapak RAMSAR di Semenanjung Malaysia iaitu Tapak Ramsar Tasek Bera yang diuruskan oleh Jabatan PERHILITAN manakala bagi kawasan Pulau Kukup, Tanjung Piai dan Sungai Pulai ianya diuruskan oleh Perbadanan Taman Negeri Johor.
Kukup terletak di bahagian barat Iskandar Malaysia. Pulau seluas 647 hektar ini, diisytiharkan sebagai tapak Ramsar pada 31 Januari 2003. Pulau Kukup adalah sebuah pulau bakau yang tidak didiami terletak 1 km dari hujung barat daya Semenanjung Malaysia.