Paya Indah Wetlands adalah merupakan kawasan perlindungan dan Kawasan ekopelancongan dibawah Pengurusan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN). PIW terletak di lot No. 4827 dan 3974, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor. Pada 17 Februari 1998, kawasan seluas 450.76 hektar (1113.87 ekar) telah diwartakan sebagai Rizab Tanah Lembap (Wetlands) di bawah Sub-Seksyen 62(1), Kanun Tanah Negara (Akta 56). PIW merupakan tanah bekas lombong bijih timah dan hutan paya gambut. Terdapat 14 buah tasik buatan yang asalnya merupakan lombong biji timah dengan kedalamannya melebihi 10 meter. Antara tasik-tasik yang menjadi tarikan utama adalah Tasik Utama, Tasik Sendayan dan Tasik Typha.
Paya Indah Wetlands (PIW) terletak di Dengkil bersebelahan Lebuhraya ELITE dan Gamuda Cove. ia mengambil masa lebih kurang 30 minit pemanduan daripada Putrajaya/Cyberjaya. Pekan terdekat iaitu Dengkil adalah sejauh 8 km dari PIW. Perjalanan dari Kuala Lumpur melalui jalan keluar Dengkil mengambil masa kira-kira 1 jam (bergantung pada lokasi anda) dan daripada KLIA lebih kurang 30 minit. Anda juga boleh menyewa teksi atau perkhidmatan Grab untuk ke sini.
Scan kod QR atau klik link peta Google untuk panduan perjalanan: https://maps.app.goo.gl/ NLnfSYvc5RgXBoqr5.
Terdapat 235 spesies burung, 63 spesies mamalia, 20 spesies reptilia, 10 spesies amphibians dan 14 spesies ikan.
Aktiviti | Jadual Harian | Masa |
Aktiviti memberi makan Badak Air | Setiap hari (Isnin – Ahad) | 10.00 am |
Aktiviti memberi makan Buaya | Setiap hujung minggu (termasuk hari kelepasan am) | 11.00 am |
Masa Lawatan: Isnin – Ahad: 8.00 pagi – 6.00 petang Jumaat: 8.00 pagi – 12.00 tengahari (Tutup sementara untuk Solat jumaat 2.45 petang – 6.00 petang |
Untuk mendapat maklumat lanjut sila hubungi :
Penguasa
Paya Indah Wetlands,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)
KM 4, Jalan Dengkil – Banting 43800 Dengkil, Selangor
Tel:03-87687616
Hotline: 019-3888604
Email:piw@wildlife.gov.my
*Muat turun Brochure dan peta PIW dengan scan kod QR ini.