Bahagian ini secara umumnya melaksanakan urusan pentadbiran keseluruhan Jabatan yang tidak melibatkan kerja-kerja teknikal. Hal ini merangkumi urusan berkaitan pengurusan sumber manusia, pengurusan sistem maklumat, pengurusan aset dan stor, pentadbiran, kewangan, pembangunan dan perolehan.
Memastikan Ibu Pejabat dan Jabatan PERHILITAN Negeri/PTJ mempunyai struktur organisasi yang efektif untuk melaksanakan fungsinya dengan cekap dalam mencapai objektif yang ditetapkan, urusan perkhidmatan dilaksanakan secara teratur mengikut dasar dan peraturan yang sedang berkuatkuasa serta membangunkan sumber manusia yang cemerlang melalui latihan yang berterusan. Seksyen ini berfungsi dalam merancang, melaksana, menyelaras dan memantau:
Menyediakan infrastruktur, infostruktur dan perkhidmatan ICT yang menyokong visi, misi dan objektif Jabatan, memastikan keselamatan dan integriti aset ICT yang terjamin, menjadi perintis dan model utama dalam penggunaan ICT serta menerapkannya dalam budaya kerja Jabatan. Seksyen ini berfungsi dalam merancang, melaksana, menyelaras dan memantau:
Memastikan penyediaan perancangan projek-projek pembangunan Ibu Pejabat dan Jabatan PERHILITAN Negeri/PTJ di bawah Rancangan Lima Tahun dan Bajet Tahunan dilaksanakan dengan cekap dan sejajar dengan dasar Kerajaan, pemantauan dan penilaian yang konsisten dilakukan terhadap pelaksanaan projek pembangunan sama ada dari segi kemajuan kewangan dan fizikal serta penggunaan sepenuhnya Sistem Pemantauan Projek (SPP II) sebagai satu kaedah untuk perancangan, pemantauan dan penilaian projek-projek pembangunan.
Seksyen ini berfungsi dalam merancang, melaksana, menyelaras dan memantau projek pembangunan Jabatan dari segi penyediaan Rancangan Lima Tahun (RMLT), Kajian Separuh Penggal, peruntukan tahunan projek pembangunan dan Anggaran Belanjawan Pembangunan serta permohonan peruntukan tambahan dan pertambahan skop.
Selain itu, seksyen ini turut membuat pemantauan ke atas projek-projek pembangunan (lawatan & urusetia mesyuarat projek, menyelaras dan memantau Sistem Pemantauan Projek (SPP II) serta menyediakan laporan prestasi fizikal dan kewangan projek), membuat penilaian ke atas projek pembangunan (mengumpul data projek untuk penilaian, menyelaras laporan impak / ‘outcome‘ projek) dan menguruskan aspek kewangan program dan projek pembangunan Jabatan.
Merancang dan mengurus perolehan bekalan dan perkhidmatan Ibu Pejabat dan Jabatan PERHILITAN Negeri/PTJ secara cekap dan berkesan mengikut tatacara perolehan dan kewangan semasa selaras dengan dasar serta prinsip perolehan Kerajaan. Seksyen ini berfungsi dalam merancang, melaksana, menyelaras dan memantau:
Memastikan urusan berkaitan pengurusan aset dan stor di Ibu Pejabat serta Jabatan PERHILITAN Negeri/PTJ dilaksanakan secara cekap dan berkesan mengikut Tatacara Pengurusan Aset dan Stor yang sedang berkuatkuasa.
Pengurusan Aset melibatkan fungsi seperti berikut:
Pengurusan stor melibatkan penyampaian perkhidmatan bekalan kepada pelanggan dengan melaksanakan tugas-tugas berikut: