NOTIS PEMBUKAAN RENTIS DARI SIMPANG PAK ABBAS KE KEM SERAYA KEPADA PELAWAT
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa rentis dari Simpang Pak Abbas ke Kem Seraya telah dibuka kepada pelawat mulai 1 Oktober 2020 manakala rentis dari Kem Seraya ke Teluk Kampi masih ditutup. Rentis dari Teluk Aling (USM CEMACS) ke Teluk Duyung (Monkey Beach) masih lagi ditutup kepada pelawat kerana kerosakan kemudahan (Board walk) yang tidak selamat digunakan. Untuk makluman juga, pelawat boleh mendapatkan perkhidmatan bot pelancong jika ingin ke Teluk Duyung (Monkey Beach) sebagai alternatif.
Sehubungan itu, semua pelawat perlu mematuhi semua Standard Operating Prosedure (SOP) yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan pengurusan ketika berada di dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.