KEMPEN SELAMATKAN HARIMAU MALAYA: PAUTAN UNTUK PEMBELIAN KARYA SECARA ATAS TALIAN
Kini anda boleh melihat semua hasil seni yang dipamerkan sempena Pameran BELANG secara atas talian.
Pameran yang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang ini bertujuan untuk mempromosi dan menghargai hasil seni serta meningkatkan kesedaran masyarakat dalam menjayakan satu misi iaitu Kempen Selamatkan Harimau Malaya yang kini diancam kepupusan.
Keunikan pameran ini ialah kesemua karya yang dihasilkan adalah bertemakan Harimau Malaya dalam pelbagai medium. Setiap karya yang dipamerkan pula adalah bagi tujuan jualan dimana sebahagian daripada hasil kutipannya akan disalurkan ke dalam tabung kempen ini.