PERINGATAN KEPADA PELAWAT YANG MELAWAT KE TAMAN NEGARA KELANTAN, KUALA KOH, KELANTAN

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
Susulan kejadian kematian beberapa Orang Asli Bateq berhampiran Taman Negara Kelantan, Kuala Koh sejak kebelakangan ini, Jabatan PERHILITAN telah merujuk kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan dimaklumkan situasi perkampungan Orang Asli Bateq dan persekitaran di Gua Musang adalah terkawal dan dalam pemantauan Jabatan Kesihatan Negeri berterusan. 
 
Sehubungan ini, aktiviti ekopelancongan di Taman Negara Kelantan diteruskan seperti biasa. Sebagai langkah berjaga-jaga, pelawat Taman Negara Kelantan, Kuala Koh adalah dinasihatkan agar tidak memasuki perkampungan Orang Asli dan persekitarannya serta mengurangkan aktiviti yang berisiko sehingga punca kejadian diketahui. 
 
Pengumuman akan dibuat dari semasa ke semasa.

Cetak