A A |   Arial | PT Sans | Century |
A- A A+

   faq2        hubungi2         maklumbalas2        peta2
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Renjer Komuniti | 6 Mac 2023 | Setiawangsa, Kuala Lumpur

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah menyampaikan watikah pelantikan Renjer Komuniti yang merupakan inisiatif di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (Biodiversity Protection and Patrolling Programme - BP3).

Majlis yang berlangsung di Kompleks Sukan MSN, Setiawangsa itu turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Ching Thoo A/L Kim, Timbalan Ketua Setiausaha (Air dan Pembentungan) NRECC serta pihak pengurusan tertinggi Kementerian, Jabatan dan Agensi.

Renjer Komuniti yang dilantik kali ini adalah seramai 120 orang yang terdiri daripada Veteran Angkatan Tentera Malaysia (VAT), Veteran PDRM (VPDRM), masyarakat Orang Asli (OA) serta komuniti setempat yang dilantik bagi menangani isu pencerobohan, pemburuan serta pembalakan haram.

Program BP3 melibatkan Jabatan PERHILITAN, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi penguatkuasaan lain dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar di kawasan hotspot dalam kawasan perlindungan di Semenanjung Malaysia termasuk Taman Negara, Rizab Hidupan Liar (RHL), Taman- Taman Negeri, Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Tapak Ramsar.

Cetak Emel

Add comment


Security code
Refresh

PERHILITAN

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
E-mel : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia nrecc logo footerMAMPU
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon tiktok Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK PELAWAT

Harini : 4042 | Semalam : 3513 | Bulanan : 116678 | Jumlah : 7840509

Kemaskini : 24 April 2024.

 

Penerbitan

    <a href="https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/lokasi-pusat-ekopelan <a splwpk-electronic-archive="splwpk-electronic-archive" href="https://www.wildlife.gov.my/index.php/pengumuman/466-panggilan-temuduga-jawatan-kontrak-renjer-hidupan-liar/"