LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA (KSU) KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI (KeTSA)
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menerima lawatan kerja daripada YBhg. Dato' Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) pada 23 Mei 2022.
Lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Tn. Abdul Wahid bin Abu Salim, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), YBrs. Tn. Mohamad Razif bin Haji Abd Mubin, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) dan pegawai kanan dari Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Kedatangan mereka telah disambut oleh YBhg. Dato' Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, YBhg. Dato' Fakhrul Hatta bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi), YBhg. Dato' Hasnan bin Haji Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Pengarah Bahagian, Pengarah Negeri dan pegawai kanan Jabatan PERHILITAN.
Sepanjang lawatan, YBhg. Dato' Haji Rosli bin Isa telah diberikan taklimat berkaitan fungsi dan peranan Jabatan PERHILITAN dalam pengurusan hidupan liar di Semenanjung Malaysia. Jabatan turut mendengar amanat oleh YBhg. Dato' Haji Rosli bin Isa dalam tadbir urus Jabatan agar pengurusan hidupan liar dapat dilakukan secara konsisten supaya khazanah negara ini terpelihara demi kesejahteraan generasi akan datang.