SENIOR OFFICERS’ MEETING OF TIGER RANGE COUNTRIES (SOM)

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menerusi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) dengan kerjasama Global Tiger Forum (GTF) telah menganjurkan Senior Officers’ Meeting of Tiger Range Countries (SOM) yang melibatkan pegawai-pegawai kanan Tiger Range Countries (TRCs) dalam pengurusan konservasi harimau. Mesyuarat ini bertujuan membincangkan agenda yang akan dibawa ke 4th Asia Ministerial Conference on Tiger Conservation yang akan diadakan pada Disember 2021. Mesyuarat SOM ini telah dihadiri oleh wakil-wakil negara TRCs seperti Cambodia, Bangladesh, Bhutan, Republic of China, India, Indonesia, Lao PDR, Thailand, Myanmar dan Vietnam dan agensi kerajaan Malaysia seperti Bahagian Biodiversiti dan Perhutanan (BBP, KeTSA) Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perancang Bandar dan Desa (PlanMalaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP).

Mesyuarat telah diadakan secara atas talian dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN. Turut dijemput sebagai tetamu kehormat adalah Dr. Rajesh Gopal, Ketua Setiausaha Global Tiger Forum (GTF) dan En. Keshav Varma, CEO Global Tiger Initiative Council (GTIC).

Cetak