MAJLIS SERAHAN KOTAK PINDAH TAPIR MALAYA KEPADA JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA OLEH KEDUTAAN PERANCIS

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Pada 25 Mac 2021, Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menerima serahan satu unit kotak pindah Tapir Malaya daripada kedutaan Perancis sebagai sokongan kepada Jabatan PERHILITAN dalam aktiviti melibatkan konservasi Tapir Malaya. Majlis serahan ini merupakan kerjasama antara kedutaan Perancis dengan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dan Malaysian Nature Society (MNS) yang berlangsung di Pejabat Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor.


Majlis ini telah dihadiri oleh dua pegawai utama dan seorang kakitangan kedutaan Perancis yang telah menyatakan hasrat Duta Perancis untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia serta mengetahui dengan lebih dekat mengenai usaha pemuliharaan Tapir Malaya yang dijalankan di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungai Dusun, Selangor.

    Cetak