LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JABATAN PERHILITAN KE PEJABAT PERHILITAN NEGERI PAHANG DAN PERASMIAN PEJABAT PERHILITAN NEGERI PAHANG

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Pada 19 Mac 2021, YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat PERHILITAN Negeri Pahang. Di samping itu, YBhg. Dato' Ketua Pengarah juga telah merasmikan bangunan baharu Pejabat PERHILITAN Negeri Pahang yang mula beroperasi sejak bulan Ogos 2020.

Satu Sesi Town Hall bersama kakitangan PERHILITAN Pahang turut diadakan secara fizikal dan secara maya bagi menyampaikan amanat sebagai suntikan semangat dan panduan kerja kepada kakitangan Jabatan PERHILITAN Negeri Pahang dalam melaksanakan tugas melindungi dan memelihara khazanah Biodiversiti Negara untuk kesejahteraan generasi akan datang.

    Cetak