KUNJUNGAN HORMAT DUTA SWEDEN KE IBU PEJABAT JABATAN PERHILITAN]

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Pada 29 Mac 2021, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) telah menerima kunjungan hormat daripada Kedutaan Sweden ke Ibu Pejabat PERHILITAN, Cheras.

Kunjungan Hormat yang dihadiri oleh Duta Sweden, Tuan Yang Terutama, Dag Juhlin-Dannfelt ini telah disambut oleh YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan. Satu taklimat Jabatan dan Pengurusan Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia telah diberikan sebelum sesi perbincangan diadakan.

Objektif lawatan adalah untuk membincangkan usaha konservasi hidupan liar di Semenanjung Malaysia terutamanya dalam bidang penguatkuasaan.

    Cetak