LAWATAN KERJA MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI KE PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR (PKHL) BOTA KANAN, PERAK

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YBhg. Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah  telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Bota Kanan, Perak pada 18 Mac 2021.

Untuk makluman, PKHL Bota Kanan merupakan pusat konservasi spesies tuntung yang terdiri daripada spesies Tuntung Sungai (𝐵𝑎𝑡𝑎𝑔𝑢𝑟 𝑎𝑓𝑓𝑖𝑛𝑖𝑠) dan Tuntung Laut (𝐵𝑎𝑡𝑎𝑔𝑢𝑟 𝑏𝑎𝑠𝑘𝑎) terletak 45 km dari bandar Ipoh, Perak.

Lawatan kerja ini bagi melihat dan merancang proses transformasi pusat konservasi kepada pusat ekopelancongan bagi memberi kesedaran kepada orang awam berkenaan fungsi pusat konservasi serta kepentingan memelihara dan melindungi spesies hidupan liar demi kesejahteraan generasi akan datang.

    Cetak