LAWATAN MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI KE TAMAN NEGARA PULAU PINANG (TNPP)

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah telah mengadakan Lawatan Rasmi ke Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) pada 9 Julai 2020.

Beliau telah diberikan taklimat mengenai kepentingan memelihara Taman Negara tersebut sebagai kawasan perlindungan yang diwarta bawah Akta Taman Negara 1980 [Akta 226]. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di TNPP iaitu merentis hutan, berkhemah dan memancing di Pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi.

TNPP juga menempatkan kawasan menarik seperti Pusat Konservasi Penyu, Rumah Api Muka Head danTasik Meromiktik yang memiliki keunikan yang tersendiri kerana mempunyai 2 lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan.

Cetak