LAWATAN MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI KE PUSAT MENYELAMAT HIDUPAN LIAR KEBANGSAAN (NWRC), PERAK
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Perak pada 6 Julai 2020.
Beliau telah diberikan taklimat mengenai fungsi NWRC yang ditubuhkan di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]. NWRC ditubuhkan sebagai pusat penempatan spesies hidupan liar terancam yang diselamatkan daripada kecederaan, penyeludupan, rampasan dan serahan di Semenanjung Malaysia. Ianya bagi memenuhi obligasi Negara sebagai ahli 𝘊𝘰𝘯𝘷𝘦𝘯𝘵𝘪𝘰𝘯𝘰𝘯 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘛𝘳𝘢𝘥𝘦𝘪𝘯 𝘌𝘯𝘥𝘢𝘯𝘨𝘦𝘳𝘦𝘥 𝘚𝘱𝘦𝘤𝘪𝘦𝘴𝘰𝘧 𝘞𝘪𝘭𝘥 𝘍𝘢𝘶𝘯𝘢𝘢𝘯𝘥 𝘍𝘭𝘰𝘳𝘢 (CITES).