A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

                        
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

LAWATAN MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI KE PKGK KUALA GANDAH

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah Pahang pada 15 Jun 2020.

Beliau telah diberikan taklimat berhubung sejarah dan fungsi PKGK dalam meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta sokongan masyarakat mengenai kepentingan pemuliharaan gajah selain menjadi pusat kajian, pendidikan dan ekopelancongan di Semenanjung Malaysia. Untuk rekod, kira-kira 2 juta pelawat dari dalam dan luar negara telah mengunjungi PKGK bermula daripada tahun 2008 sehingga kini.

YB Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Hj. Nasarah juga telah mengumumkan bahawa semua kawasan ekopelancongan di bawah seliaan Jabatan PERHILITAN yang telah ditutup kepada pengunjung berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akan dibuka semula bermula 15 Jun 2020.

Walau bagaimanapun, bilangan pengunjung setiap hari adalah terhad dan pengunjung mestilah sentiasa mematuhi standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengunjung juga perlu melepasi saringan kesihatan di pintu masuk serta mengamalkan penjarakan sosial.

 

  • WhatsApp Image 2020 06 15 At 184951

  • WhatsApp Image 2020 06 15 At 184951 1

  • WhatsApp Image 2020 06 15 At 184951 2

  • WhatsApp Image 2020 06 15 At 184951 3

  • WhatsApp Image 2020 06 15 At 184951 4

  • WhatsApp Image 2020 06 15 At 184951 5

  • WhatsApp Image 2020 06 15 At 184951 6

  • WhatsApp Image 2020 06 15 At 184951 7

Cetak Emel

Add comment


Security code
Refresh

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli footerMSC  
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK

Jumlah Pelawat : 2807352

Kemaskini : 10 Julai 2020.