PROGRAM EXPERT LECTURE SERIES BIL. 1/2020: PENGURUSAN KAWASAN PERLINDUNGAN
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menganjurkan program Expert Lecture Series Bil 01/2020 pada 11 Mac 2020 (Rabu) bertempat di Auditorium, Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN.
Program kali ini bertemakan “Pengurusan Kawasan Perlindungan”dan telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Fakhrul Hatta Bin Musa, Timbalan Ketua Pengarah Konservasi Jabatan PERHILITAN.
Seramai 3 orang penceramah telah dijemput iaitu En. Muthusamy Suppiah, Pengurus Projek “Enhancing Effectiveness and Financial Sustainability of Protected Areas in Malaysia” UNDP Malaysia, Dr. Sivanathan Ellagupillay dan Dr. Mohd Salleh Daim, Ketua Pusat Pembangunan Komuniti Lestari, UiTM Shah Alam. Program ini turut disertai seramai 132 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Jabatan dan agensi lain, institusi pengajian tinggi, organisasi swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) telah menjayakan program kali ini.