A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

                        
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

Kunjungan Hormat Sarawak Forestry Corporation

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Pada 5 Februari 2020 (Rabu), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) telah menerima satu Kunjungan Hormat dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) di Ibu Pejabat PERHILITAN, Cheras.

Kunjungan Hormat yang dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Tn Haji Zolkipli Mohamad Aton dan Pengurus Besar Mr. Oswald Braken Tisen ini telah disambut oleh YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim , Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN dan Pegawai Kanan Jabatan. Satu taklimat Jabatan dan Pengurusan Hidupan Liar di Semenanjung Malaysia telah diberikan kepada delegasi sebelum sesi perbincangan diadakan.

Objektif lawatan adalah untuk membincangkan tentang penganjuran "Malaysian Conservation Conference 2020" yang bakal diadakan pada Oktober 2020 bertempat di Kuching Sarawak. Pihak Sarawak Forestry Corporation menjemput Jabatan PERHILITAN untuk menjadi penganjur bersama persidangan ini disamping pihak Sabah Wildlife dan Sabah Parks.

YBhg. Dato' Ketua Pengarah bersetuju akan kerjasama dalam penganjuran persidangan ini dan melihat ini sebagai usaha yang baik dalam mewujudkan keseragaman dalam perlaksanaan usaha-usaha konservasi hidupan liar dan taman negara.

  • Sfc 1

    Sfc 1

  • Sfc 2

    Sfc 2

  • Sfc 3 2

    Sfc 3 2

    Cetak Emel

    Add comment


    Security code
    Refresh

    INFORMASI
    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
    Semenanjung Malaysia
    Km 10, Jalan Cheras
    56100 Kuala Lumpur
    Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
    Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                         
    TAG POPULAR
                            
    PAUTAN  
     Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli footerMSC  
    Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                             
    MEDIA SOSIAL 
    Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
       
    STATISTIK

    Jumlah Pelawat : 2853381

    Kemaskini : 12 Ogos 2020.