LAWATAN KERJA YB. DR. XAVIER JAYAKUMAR, MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI KE SEKITAR LANCHANG, PAHANG

Kadar pengguna: 1 / 5

bintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Pada 03 Julai 2019, YB. Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa lokasi di sekitar Lanchang, Pahang.

YB Menteri telah melawat sekitar Institut Biodiversiti (IBD) di Bukit Rengit yang merupakan sebuah institut latihan serta pusat koleksi spesimen zoologi yang digunakan untuk rujukan serta bahan untuk program kesedaran awam.

Seterusnya YB Menteri dan rombongan melawat tapak projek Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (NTCC). Kompleks yang bakal siap tidak lama lagi itu dibina khusus untuk tujuan penyelidikan dan pembiakan harimau dalam persekitaran semulajadi berpagar, khusus bagi menyokong usaha konservasi Harimau Malaya.

Rombongan juga telah melawat Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC) di Kuala Gandah yang mula beroperasi pada 1989 dan menjadi ‘rumah’ buat 32 ekor gajah pelbagai usia.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Zurinah Binti Pawanteh, Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah PERHILITAN dan pegawai-pegawai kanan Kementerian.

  • 1
  • 10
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9

    Cetak