PELUPUSAN BARANG KES SISIK TENGGILING

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Sejumlah 2.8 tan barang kes sisik tenggiling telah dilupuskan pada 6 Disember 2018 (Khamis) bertempat di Pusat Kualiti Alam, Seremban, Negeri Sembilan.

Pelupusan barang kes ini disempurnakan oleh YB. Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.

Turut hadir ke majlis ini, YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah PERHILITAN, YBhg. Tan Sri Dr. Azmil Khalili Dato’ Khalid, Pengerusi Kumpulan Cenviro, YBhg. Dato’ Roslan Bek bin Ahmad, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan wakil daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM).

Barang kes sisik tenggiling yang dilupuskan merupakan hasil rampasan JKDM dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang telah diserahkan kepada PERHILITAN.

Pelupusan barang kes melalui kaedah pembakaran memastikan barang kes tidak akan kembali ke pasaran gelap.

Kerajaan Malaysia akan terus berusaha dalam membanteras aktiviti penyeludupan hidupan liar rentas sempadan di pintu-pintu masuk Negara ini dalam memerangi jenayah hidupan liar.

 

  • Gimik Pelupusan
  • Penerimaan Sijil Pelupusan

    Cetak