LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA PENGARAH II PERHILITAN KE TAMAN NEGARA TERENGGANU

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah II PERHILITAN Ke Taman Negara Terengganu

Timbalan Ketua Pengarah II PERHILITAN, En. Hasnan Bin Yusop telah mengadakan lawatan kerja ke Taman Negara Terengganu pada 31 Mei 2018 bagi meninjau fasiliti di kawasan tersebut.  Rombongan telah melawat Sungai Terenggan, Sungai Cacing dan Tanjung Mentong. 

Bersempena dengan lawatan tersebut juga, satu program pelepasan benih ikan telah dijalankan.  Sejumlah 20,000 anak ikan yang terdiri daripada spesies Kelah dan Lampam telah dilepaskan sebagai usaha pengkayaan spesies di Taman Negara Terengganu.  Program ini turut disertai oleh kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu.

  • IMG 20180531 100444 Wa
  • IMG 20180531 100655 Wa
  • IMG 20180531 113009 Wa

    Cetak