A A |   Arial | PT Sans | Century |
A- A A+

   faq2        hubungi2         maklumbalas2        peta2
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

MAJLIS PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS (MBOR) KEPADA JABATAN PERHILITAN BERHUBUNG KOLEKSI TERBANYAK PERBANKAN SUMBER GENETIK HIDUPAN LIAR

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
Tarikh: 28 Ogos 2017
Tempat : Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor

YB Dato Sri Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Malaysia Book of Records kepada Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bagi Koleksi Terbanyak Perbankan Sumber Genetik Hidupan Liar serta info berkaitan, di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor. 

Majlis ini turut diadakan bersempena Perhimpunan Bulanan 1NRE Bersama YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Turut hadir ialah YB Datuk Haji Ir. Dr. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Ketua-ketua Pengarah Jabatan-jabatan di bawah NRE.

Sejak 2006, Jabatan PERHILITAN telah secara aktif menjalankan aktiviti pengumpulan dan penyimpanan bahan biologik (biometerial) hidupan liar melalui penubuhan Unit Perbankan Sumber Genetik Hidupan Liar (Wildlife Genetic Resources Bank, WGRB) di bawah Bahagian Konservasi Ex-situ. Unit ini bertindak sebagai pusat repositori untuk menerima, mengumpul, mengkatalog dan mengurus pelbagai jenis sumber biomaterial hidupan liar. Satu pangkalan data telah dibentuk bagi membantu pengurusan sampel-sampel tersebut. 

Koleksi ini terdiri daripada pelbagai jenis sampel hidupan liar termasuk daging, darah, organ, rerambut, bulu pelepah, calitan mulut, najis dan sebagainya yang disimpan dengan kaedah kering, sejukbeku serta kaedah basah. 

Sehingga kini, sejumlah 17,002 koleksi biomaterial daripada 386 spesies hidupan liar telah didaftarkan dalam pangkalan data WGRB. Dari jumlah tersebut, 9,144 telah diklasifikasi sebagai sumber rujukan utama yang diiktiraf oleh MBOR sebagai Largest Collection of Wildlife Biomaterial.  

WGRB bertindak sebagai sumber rujukan utama bagi membantu penganalisaan kes-kes yang melibatkan jenayah hidupan liar melalui analisa forensik DNA. Koleksi biomaterial ini turut digunakan dalam penyelidikan genetik serta zoonotik hidupan liar yang dijalankan oleh Jabatan serta kolaborasi bersama universiti tempatan dan agensi penyelidikan yang lain. 

Screen Shot 2017-09-08 at 10.36.24 AM

Screen Shot 2017-09-08 at 10.36.24 AM

Cetak Emel

Comments are now closed for this entry

PERHILITAN

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
E-mel : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia logo NRES removebg preview footerMAMPU
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon tiktok Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK PELAWAT

Harini : 1490 | Semalam : 8784 | Bulanan : 420699 | Jumlah : 21772607

Kemaskini : 17 Jun 2025.

 

Penerbitan

<a href="https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/lokasi-pusat-ekopelan <a splwpk-electronic-archive="splwpk-electronic-archive" href="https://www.wildlife.gov.my/index.php/pengumuman/466-panggilan-temuduga-jawatan-kontrak-renjer-hidupan-liar/"