PROGRAM HARI GAJAH SEDUNIA

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Program Sambutan Hari Gajah Sedunia 2017 telah diadakan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang pada 12 Ogos 2017. Beberapa aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program berlangsung antaranya seperti pameran, aktiviti pertandingan mewarna, treasure hunt, pertandingan fotografi telefon pintar, demonstrasi perangkap kamera, Elephant Talk dan kenduri gajah. Program kali kedua yang dijalankan ini juga mendapat kerjasama daripada agensi bukan kerajaan iaitu Management of Ecology of Malaysian Elephant(MEME). Melalui program ini, pendidikan konservasi mengenai usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan  gajah di Semenanjung Malaysia dapat diterapkan dalam diri peserta khasnya dan masyarakat umumnya.

IMG 1924
IMG 2144
IMG 2070
IMG 0028

Cetak