A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

                        
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

Sambutan World Tapir Day 2017 Peringkat Negeri Selangor

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Persatuan Benih Hijau telah mengadakan Sambutan Hari Tapir Sedunia 2017 bertemakan #LoveTapirSaveEarth pada 22 April 2017 di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sg. Dusun, Selangor.  Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran kepentingan menjaga alam sekitar dan hidupan liar.  Program ini juga diadakan sempena Hari Bumi Sedunia yang disambut pada 22 April.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Gan Pei Nei, Pembantu Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Teknologi Hijau Kerajaan Negeri Selangor.

Seramai 700 peserta yang terdiri daripada pelajar pelbagai peringkat umur dan orang awam yang menyertai sambutan ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena sambutan Hari Tapir Sedunia 2017, antaranya pertandingan menulis esei, pertandingan ‘Sculpture Tapir”, pertandingan mewarna, melukis dan mewarna beg kanvas serta aktiviti rentis Tapir.  Satu forum tentang Tapir oleh Dr Carl Traeholt, Pengarah Program Asia Tenggara Zoo Copenhagen, Dr Evelyn Lim Ai Lin dari UPM dan En. Abd Rahim Bin Othman Pengarah PERHILITAN Negeri Selangor juga diadakan.

  • tp1
  • tp3
  • tp4
  • tp5
  • tp6
  • tp7
  • tp8

     

    Cetak Emel

    Comments are now closed for this entry

    INFORMASI
    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
    Semenanjung Malaysia
    Km 10, Jalan Cheras
    56100 Kuala Lumpur
    Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
    Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                         
    TAG POPULAR
                            
    PAUTAN  
     Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli footerMSC  
    Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                             
    MEDIA SOSIAL 
    Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
       
    STATISTIK

    Jumlah Pelawat : 2926078

    Kemaskini : 29 September 2020.