PROGRAM EXPERT LECTURE SERIES BILANGAN 1 TAHUN 2017: SAVING ENDANGERED SPECIES

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Expert Lecture Series yang pertama tahun ini pada 31 Mac 2017 bertempat di Auditorium, Ibu pejabat PERHILITAN. Program kali ini yang bertemakan Saving Endangered Species adalah bersempena dengan sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Day) 2017 yang disambut pada 3 Mac setiap tahun. Seramai tiga (3) penceramah telah menyampaikan ceramah mengenai konservasi Badak Sumatera dan Gajah Asia. Encik Mohd Samsudin bin Mohd Suri, pakar Badak Sumatera telah menyampaikan ceramah mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada kepupusan Badak Sumatera serta langkah seterusnya untuk memastikan kemandirian spesies ini. Dua (2) lagi penceramah telah menyampaikan hasil kajian mereka tentang Gajah Asia. Mereka adalah penyelidik daripada Management and Ecology of Malaysia Elephants (MEME) sebuah projek di bawah University of Nottingham Malaysia Campus. Dr. Wong Ee Phin berkongsi hasil penyelidikan beliau mengenai tahap hormon stres yang dianalisis melalui najis gajah-gajah yang telah mengalami proses translokasi manakala Encik Lim Teck Wyn pula membincangkan hubungan antara manusia dan gajah di Semenanjung Malaysia. Kedua-dua penceramah ini membangkitklan mengenai keperluan toleransi yang tinggi oleh masyarakat setempat yang berkongsi habitat dengan kumpulan Gajah liar.

Seramai 73 peserta daripada kakitangan Jabatan, organisasi swasta, institusi pengajian tinggi serta orang awam telah menyertai program ini. Program Expert Lecture Series ini merupakan satu platform untuk pihak Jabatan PERHILITAN menyampaikan dan berkongsi maklumat dengan kakitangan Jabatan, orang awam serta pemegang taruh yang berkaitan. Siri seterusnya program ini dijadualkan pada Jun dan September tahun ini dan terbuka kepada semua pihak yang berminat. 

r
t
U
x
Untitled
d

Cetak