A A |   Arial | PT Sans | Century |
A- A A+

                        
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

BENGKEL GARIS PANDUAN PELAN PENGURUSAN HIDUPAN LIAR (WMP)

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Satu Bengkel Garis Panduan Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan-WMP) telah diadakan pada 29 - 30 Disember 2016 di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor. Bengkel ini telah diadakan dengan kerjasama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Bengkel ini memfokuskan penyediaan bagi format Pelan Pengurusan Hidupan Liar (WMP) bagi projek pembangunan yang terlibat dengan Environmental Impact Assessment (EIA) dan Environmental Management Plan (EMP).

Bengkel ini telah dihadiri oleh 31 orang peserta yang terdiri daripada wakil jabatan dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta, iaitu Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Bekalan Air (JBA), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), Tenaga Nasional Berhad (TNB) Research dan Jabatan PERHILITAN.

Tujuan Bengkel ini diadakan adalah untuk menyediakan garis panduan WMP untuk digunakan oleh pihak perunding alam sekitar bagi keperluan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), di samping memberi kesedaran kepada kakitangan dan perunding kaedah terbaik bagi menyediakan WMP bagi memenuhi keperluan konservasi hidupan liar.

 

2
a
3
1
4
 

Cetak Emel

Comments are now closed for this entry

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
E-mel : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia Portal Rasmi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli footerMSC  
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK

Jumlah Pelawat : 3413966

Kemaskini : 15 September 2021.