Pameran Bagi Program ‘Wild Tiger Run 2016’ Di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur
Pada 14 Ogos 2016 (Ahad), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menyertai satu pameran sempena program ‘Wild Tiger Run 2016’ anjuran MYCAT dan Rotary Club of Kuala Lumpur DiRaja di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
YBhg. Dato' Sr. Dr. Azimuddin Bin Bahari, Timbalan Ketua Setiausaha (AS), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) turut hadir dan telah menyampaikan ucapan bagi pihak YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Tujuan pameran ini adalah untuk meningkatkan kesedaran awam berkaitan konservasi harimau dan hidupan liar lain di Malaysia dan menghebahkan maklumat tentang peranan orang awam dalam konservasi hidupan liar ikonik ini. Agensi lain yang turut menyertai pameran ini termasuk Rotary/ Rotaract Club, MYCAT, TRAFFIC dan WWF-Malaysia.