PEMBUKAAN AKTIVITI PENDAKIAN, MEMANCING DAN MELAWAT GUA DI TAMAN NEGARA PAHANG KEPADA PELANCONG
Written on .
User Rating: 5 / 5
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Taman Negara Pahang akan membuka semula aktiviti seperti berkiut kepada pelawat berkuatkuasa mulai 15 September 2020 (Selasa).
i. Aktiviti pendakian Gunung Tahan (Had pelawat harian: 20 orang pelawat sehari)
ii. Aktiviti meneroka gua dan bermalam di gua (terhad 10 pada suatu masa)
iii. Aktiviti memancing dan bermalam di Sg. Keniam / Sg. Sat / Sg. Sepia (terhad 10 orang untuk satu lokasi)
Bagi memastikan pelawat mematuhi SOP Pencegahan COVID19 yang masih berkuatkuasa sekarang, seorang Pemandu Pelancong hanya dibenarkan membawa maxima 10 orang pelawat sahajapada sesuatu masa. Manakala semua pelawat dikehendaki mengamalkan Norma Baharu bagi pencegahan COVID19 dan mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari masa kesemasa.