Pengumuman Pembukaan Semula Aktiviti di Taman Negara Pahang
Sukacita dimaklumkan bahawa Taman Negara Pahang, Kuala Tahan dan Taman Negara Pahang, Sungai Relau telah dibuka semula seperti biasa berkuatkuasa hari ini (16/1/2018) kecuali aktiviti air di Lata Serigala dan Rentis Negeram di Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh. Penutupan ini disebabkan kerja-kerja projek pembangunan kemudahan pelancongan dan rekreasi di Taman Negara Pahang, Sungai Relau.