A A |   Arial | PT Sans | Century |
A- A A+

   faq2        hubungi2         maklumbalas2        peta2
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

Seekor Harimau Belang Yang Terkena Jerat Di Tapah, Perak Berjaya Diselamatkan

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Pada 14 Februari 2016, Jabatan PERHILITAN Perak telah menerima laporan polis seekor harimau terkena jerat di Hutan Simpan Bukit Tapah, Perak. Kakitangan Jabatan ke tempat kejadian mendapati seekor Harimau Belang (Panthera tigris) jantan dewasa terbaring kerana terlekat pada akar pokok akibat terkena jerat tetapi masih hidup. Jerat dawai tersebut telah terputus dan baki dawai yang terputus masih terlekat pada kaki harimau tersebut. Pemantauan di tempat kejadian mendapati harimau tersebut berada lebih kurang 200 meter dari lokasi jerat dipasang.

Operasi menyelamat telah dimulakan pada 15 Februari 2016 dengan bantuan kakitangan daripada Pusat Menyelamat Hidupan Liar Sungkai (NWRC) diketuai oleh En. Ahmad Azhar bin Mohammed dan Dr. Zubaidah binti Kamarudin sebagai pegawai veterinar bertugas. Harimau belang yang diberi nama “Yeop Tapah” telah berjaya diselamatkan dan ditempatkan di NWRC untuk pemantauan lanjut. Keadaan “Yeop Tapah” semakin pulih dan dipantau dengan rapi sepanjang masa.

Screen Shot 2016 03 17 at 11.18.07 AM

Print Email

INFORMATION
Department of Wildlife and National Parks (DWNP) 
Peninsular Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
POPULAR TAGS
                        
LINKS
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia nrecc logo footerMAMPU
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload
                         
SOCMED 
Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
VISITOR STATISTICS

Today 13686 | Yesterday 14049 | Month 93124 | All 10058900

Last Update : 14 February 2025.

Penerbitan

<a href="https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/lokasi-pusat-ekopelan <a splwpk-electronic-archive="splwpk-electronic-archive" href="https://www.wildlife.gov.my/index.php/pengumuman/466-panggilan-temuduga-jawatan-kontrak-renjer-hidupan-liar/"