SAMBUTAN HARI GAJAH SEDUNIA 2019 (WORLD ELEPHANT DAY 2019)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Majlis Sambutan Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day) 2019 telah berlangsung pada 7 September 2019 di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Lanchang Pahang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan turut dihadiri oleh YBM Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), YBhg. Datuk Zurinah binti Pawanteh, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), YBrs. Dr. Mohd Mokhtar bin Tahar, Timbalan KSU (Tanah dan Sumber Asli) KATS dan YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia.

Bersempena Majlis ini, artis terkenal tanah air, Maya Karin, telah dilantik sebagai ‘The Voice of Wildlife’ yang akan membantu KATS dan PERHILITAN menjalankan aktiviti sukarelawan dan sebagai suara menyebarkan maklumat dan informasi berkaitan usaha konservasi hidupan liar.

Sambutan Hari Gajah Sedunia atau World Elephant Day (WED) 2019 kali ini adalah berkonsepkan “Karnival dan Santai” di mana pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan seperti Gandah Fun Run, Program Sukarelawan, Pameran Pelbagai Agensi, Badan Korporat dan NGO, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Fotografi Smartphone dan Program Persembahan Informatif Gajah. Seramai 8,000 pelawat telah bersama-sama memeriahkan sambutan pada kali ini.

Hari Gajah Sedunia merupakan acara tahunan yang disambut pada 12 Ogos setiap tahun sejak tahun 2012 dan bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan serta perlindungan gajah di seluruh dunia.

 

Print