PROGRAM KERJASAMA PERHILITAN – AEON BAGI KEMPEN SELAMATKAN HARIMAU MALAYA

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Majlis Perasmian Program Kerjasama PERHILITAN – AEON bagi Kempen Selamatkan Harimau Malaya yang berlangsung pada 6 Julai 2019 telah disempurnakan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Dr Xavier Jayakumar di AEON Mall Taiping, Perak. 

Turut hadir ialah YB Dr. Abdul Aziz bin Bari, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Negeri Perak, YBrs. Dr. Mohd Mokhtar bin Tahar, Timbalan Ketua Setiausaha (Tanah dan Sumber Asli) Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Encik Poh Ying Loo, Pengarah Eksekutif AEON CO. (M) Bhd dan YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah PERHILITAN.

Bersempena Majlis Perasmian Program Kerjasama PERHILITAN-AEON ini, Rekabentuk Beg Guna Semula Edisi 'Love Our Forest, Save Our Malayan Tiger' turut dilancarkan.

Sebagai tanda sokongan kepada usaha pemuliharaan Harimau Belang, AEON CO. (M) Bhd bersetuju supaya hasil penjualan beg ini akan disumbangkan ke Tabung Selamatkan Harimau Malaya. Beg ini boleh didapati di 34 premis AEON bermula Ogos hingga Disember 2019.

AEON Company (M) Bhd. menjadi syarikat swasta yang terawal untuk tampil bekerjasama dengan Kementerian dan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia bagi menyokong Kempen Selamatkan Harimau Malaya.

Melalui kerjasama PERHILITAN – AEON ini juga, penganjuran Pameran Kesedaran Awam oleh PERHILITAN akan dilaksanakan di premis-premis AEON yang terpilih.

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7

    Print