LAWATAN ROMBONGAN KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA KE PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN, KUALA GANDAH, PAHANG

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

Lawatan Rombongan Kementerian Kerja Raya Malaysia Ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Pada 16 Februari 2019 (Sabtu), Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Pahang telah menerima lawatan rombongan Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) sempena Program Jelajah FTRoadpedia Zon Timur bagi Daerah Temerloh.

Rombongan KKR diketuai oleh Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar bin Mohd Tahir, dan Ketua Pengarah
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR), YBhg. Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha.

YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah PERHILITAN turut hadir ke PKGK untuk menyambut kehadiran rombongan KKR dan mengiringi lawatan rombongan sekitar PKGK.

  • KKR1
  • KKR2
  • KKR3
  • KKR4
  • KKR5
  • KKR6
  • KKR7
  • KKR8

    Print