A A |   Arial | PT Sans | Century |
A- A A+

   faq2        hubungi2         maklumbalas2        peta2
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

MAJLIS PENYERAHAN KAWASAN PENANAMAN POKOK OLEH AEON KEPADA JABATAN PERHILITAN

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Satu Majlis Penyerahan Kawasan Penanaman Pokok oleh AEON kepada Jabatan PERHILITAN telah berlangsung pada 21 Disember 2018 bertempat di Paya Indah Wetlands (PIW).

Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Shinobu Washizawa, Managing Director of AEON CO. (M) Berhad dan YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim. Penyerahan ini turut disaksikan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YBhg. Dato’ Dr. Tan Yew Chong, Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan YB. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah, ADUN Dengkil.

AEON telah mengambil inisiatif dalam pemulihan kawasan tanah lembap dan penanaman semula pokok di Bukit AEON, Paya Indah Wetlands sebagai salah satu program Corporate Social Responsibility (CSR).  Lebih 60,000 pokok dengan keluasan 26 hektar telah berjaya ditanam oleh AEON di bawah program ini yang merupakan projek CSR terbesar dan berjaya di PIW.

Pelbagai pokok telah ditanam di ‘Bukit AEON’, termasuklah Kekabu, Gelam, Bruas, Saga, Mahang, Pelong dan Ara, yang menjadi sumber makanan dan teduhan burung dan mamalia. 

PIW merupakan kawasan bekas lombong bijih timah. Aktiviti manusia telah mengubah struktur tanah dan landskap kawasan persekitaran. Ini memberi impak kepada pengurangan kepelbagaian biologi di mana kawasan yang gersang tidak dapat menyokong ekosistem yang sihat.

Kini, hasil kerjasama usaha pemulihan, PIW berjaya dipulihkan dan merupakan habitat kepada pelbagai spesies burung, mamalia dan tumbuh-tumbuhan.

  • POKOK AEON 1
  • POKOK AEON 2
  • POKOK AEON 3
  • POKOK AEON 4

    Print Email

    INFORMATION
    Department of Wildlife and National Parks (DWNP) 
    Peninsular Malaysia
    Km 10, Jalan Cheras
    56100 Kuala Lumpur
    Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
    Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                         
    POPULAR TAGS
                            
    LINKS
     Portal Rasmi Kerajaan Malaysia nrecc logo footerMAMPU
    Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload
                             
    SOCMED 
    Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
       
    VISITOR STATISTICS

    Bulanan : 76922 | Jumlah : 5428769

    Kemaskini : 27 September 2023.

    <a href="https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/lokasi-pusat-ekopelan <a splwpk-electronic-archive="splwpk-electronic-archive" href="https://www.wildlife.gov.my/index.php/pengumuman/466-panggilan-temuduga-jawatan-kontrak-renjer-hidupan-liar/"

     

     

     

     

     

     

    Penerbitan