A A |   Arial | PT Sans | Century |
A- A A+

   faq2        hubungi2         maklumbalas2        peta2
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

PROGRAM EXPERT LECTURE SERIES BIL. 1/2018: SATU JERAT, SATU NYAWA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Expert Lecture Series yang pertama tahun ini pada 27 April 2018 bertempat di Auditorium, Ibu Pejabat PERHILITAN. Program kali ini dianjurkan bersempena dengan Sambutan Hari Tapir Sedunia yang disambut pada 27 April setiap tahun dan Tahun Perangi Jerat 2018. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah PERHILITAN.

Penceramah yang pertama, En Joil Bombon daripada Bahagian Ekopelancongan Ibu Pejabat PERHILITAN, juga merupakan salah seorang kakitangan yang diiktiraf sebagai Pakar Jerat, telah berkongsi tentang bahayanya jerat kepada hidupan liar dalam ceramah bertajuk “Jerat: Pembunuh Senyap”.

Sesi kedua menyaksikan pembentangan daripada En Mohd Samsudin Mohd Suri daripada Bahagian Konservasi Biodiversiti, Ibu Pejabat PERHILITAN yang merupakan Subject Matter Expect (SME) dalam pengurusan badak sumbu, berkongsi pengetahuan beliau dalam  “Malayan Tapir, the Last Perissodactyla in Peninsular Malaysia”.

Peserta Program Expert Lecture Series kali ini juga berkesempatan untuk mendengar pembentangan daripada salah satu wakil Rakan Strategik Jabatan dalam Program Tahun Perangi Jerat 2018, iaitu Cik Lam Wai Yee daripada RIMBA, yang membawa tajuk ‘Trapping the Trapper’

Seramai 70 peserta daripada kakitangan Jabatan, organisasi swasta, institusi pengajian tinggi, badan bukan kerajaan serta orang awam telah menyertai program ini.

Program Expert Lecture Series ini merupakan satu platform untuk pihak Jabatan PERHILITAN menyampaikan dan berkongsi maklumat dengan kakitangan Jabatan, orang awam serta pihak berkepentingan yang berkaitan.

IMG 6386r
IMG 6384r
IMG 6418r
IMG 6420r
IMG 6443r
IMG 6403r

Print Email

INFORMATION
Department of Wildlife and National Parks (DWNP) 
Peninsular Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
POPULAR TAGS
                        
LINKS
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia nrecc logo footerMAMPU
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload
                         
SOCMED 
Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
VISITOR STATISTICS

Today 443 | Yesterday 3974 | Month 60859 | All 8365156

Last Update : 11 July 2024.

Penerbitan

    <a href="https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/lokasi-pusat-ekopelan <a splwpk-electronic-archive="splwpk-electronic-archive" href="https://www.wildlife.gov.my/index.php/pengumuman/466-panggilan-temuduga-jawatan-kontrak-renjer-hidupan-liar/"