UPACARA PERASMIAN PENUTUP “TRI-LATERAL WORKSHOP"
UPACARA PERASMIAN PENUTUP “TRI-LATERAL WORKSHOP BETWEEN MALAYSIA, LAO PEOPLE’S DEMOCRATIC REPUBLIC (LAO PDR) AND THAILAND ON ENFORCEMENT MODUS OPERANDI”
7 Mac 2018 – YBhg Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia telah menyempurnakan Upacara Perasmian Penutup bagi Bengkel “Tri-Lateral Workshop Between Malaysia, Lao People’s Democratic Republic (Lao PDR) and Thailand in Enforcement Modus Operandi” pada 6 Mac 2018 di Palm Garden Hotel, IOI Resort City, Putrajaya.
Bengkel ini dianjurkan oleh Wildlife Conservation Society (WCS) dengan sokongan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dan Bureau of International Narcotics and Law Enforcement Affairs (INL) mulai 5 hingga 7 Mac 2018.
Peserta bengkel yang terdiri daripada wakil pelbagai negara dan agensi telah berkongsi pengalaman berhubung modus operandi pemerdagangan haram hidupan liar di rantau ini.