MESYUARAT JAWATANKUASA PENASIHAT JABATAN PERHILITAN

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Jabatan PERHILITAN Bil.1/2017 telah diadakan pada 14 September 2017 (Khamis) di Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN.

Jabatan PERHILITAN berbesar hati atas kehadiran pakar-pakar hidupan liar seperti mantan Ketua Pengarah PERHILITAN En. Mohd Khan Momin Khan, Prof. Dr. Rosli Bin Hashim dari Universiti Malaya dan Dr. Sivananthan T. Elagupillay, bekas pengarah PERHILITAN ke mesyuarat kali ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Jabatan PERHILITAN dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN dengan ahli-ahlinya terdiri daripada kalangan pengurusan tertinggi Jabatan serta pakar-pakar hidupan liar. Peranannya adalah untuk memberikan nasihat dan pandangan kepada Jabatan PERHILITAN tentang isu semasa, perancangan dan dasar masa hadapan yang dapat menyumbang kepada agenda konservasi hidupan liar dan habitatnya.

DSC00062
DSC00050

Print