A- A A+
A A |   Arial | PT Sans | Century |

                        
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE) 2016

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) 2016 telah berlangsung pada 9 Mac 2017 (Khamis) bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Selangor.

Seramai 40 orang Pegawai NRE dan 931 pegawai dari Jabatan/ Agensi di bawah NRE telah terpilih untuk menerima APC tahun 2016 yang bertema ‘Memperkasa Warga Progresif‘ sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan mereka.  

Seramai 106 warga Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menerima APC tahun 2016.

Penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB Datuk Ir Dr Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Sri Azizan bin Ahmad, Ketua Setiausaha NRE dalam beberapa sesi yang berlainan.

Satu tagline rasmi NRE iaitu ‘#NegarakuAlamSekitarku’ yang merupakan cetusan idea YB Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sendiri juga dilancarkan semasa majlis tersebut.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima APC 2016.  

 

  • Ketibaan YBM NRE
  • IMG 7253
  • IMG 6798
  • Group 1
  • Backdrop
  • Majlis APC Bersama YBM NRE

    Print Email

    INFORMATION
    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
    Semenanjung Malaysia
    Km 10, Jalan Cheras
    56100 Kuala Lumpur
    Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
    Email : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                         
    POPULAR TAGS
                            
    LINKS
       footerMSC  
    Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload Screen Shot 2017 06 05 at 2.55.50 PM 
                             
    SOCMED 
    Facebook icon Twitter icon Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
       
    STATISTIK

    Jumlah Pelawat : 2925003

    Kemaskini : 29 September 2020.