Rezab Hidupan Liar Pulau Tioman
Rezab Hidupan Liar Pulau Tioman ini telah diwartakan pada tahun 1972 dengan keluasan 9,455 hektar. Rezab ini didiami oleh 45 spesies mamalia seperti Binturong dan Berok selain 138 spesies herpetofauna, 48 jenis ikan air tawar serta 78 spesies rama-rama dari 57 genera. Populasi pelanduk boleh didapati dengan banyaknya terutama dibahagian selatan pulau.