Taman Negara Pahang, Sg Relau, Merapoh
Bagaimana Ke Taman Negara Pahang, Sg Relau, Merapoh, Pahang
Pelawat boleh memandu sendiri atau menggunakan pengangkutan awam, melalui jalan Kuala Lipis, Pahang atau Gua Musang, Kelantan. Pada sesiapa yang menaiki kereta api, hentian terdekat adalah di Stesen Kereta Api Merapoh, Pahang.
Permit Dan Lesen
Setiap pelawat wajib mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap satu joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera.
Penginapan
Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Taman Negara seperti rumah tumpangan dan homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat.Selain itu, Taman Negara menyediakan kemudahan penyewaan tapak perkhemahan dengan bayaran sebanyak RM1.00 / orang / malam.
Kemudahan lain
Pengangkutan pacuan empat roda dari Sungai Relau ke Santuari Kelah Kuala Juram dan permulaan pendakian ke Gunung Tahan di Kuala Juram dikenakan bayaran sebanyak RM24.00 / orang (minima 5 orang) bagi perjalanan pergi dan balik. Manakala bagi kumpulan kurang daripada 5 orang, bayaran RM100.00 dikenakan untuk satu kumpulan bagi perjalanan pergi dan balik.
Aktiviti
Aktiviti |
Pendakian Gunung Tahan |
- Pendakian gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia ini memerlukan masa sekurang-kurangnya 5 hari dengan melalui laluan yang mencabar. Penggunaan perkhidmatan pemandu arah gunung diwajibkan. Masa pendakian yang disyorkan ialah dari bulan Mac hingga Ogos setiap tahun
|
Safari Malam |
- Aktiviti pemerhatian hidupan liar yang aktif pada waktu malam menggunakan kenderaan 4WD
*Harga ditentukan oleh operator |
Berjalan Malam |
- Aktiviti pemerhatian hidupan liar yang aktif pada waktu malam di dalam rentis (Rentis Palas dan Interpretif sahaja) (Minima 4 orang).
- *Harga ditentukan oleh operator
|
Penjelajahan Gua |
- Penjelajahan Gua Gajah yang terletak kira-kira 5.5 km dari Sg. Relau. Bayaran bagi pemandu pelancong adalah RM150.00 sehari (Maksima 12 orang)
|
Aktiviti Air |
- Aktiviti tubing di Sungai Relau
*Harga ditentukan oleh operator |
Pemerhatian Ikan Kelah |
- Terdapat 2 santuari iaitu Santuari Kelah Sg. Relau dan Kuala Juram. (memancing adalah dilarang).
- Aktiviti popular di sini ialah memerhati kumpulan ikan kelah di dalam habitat semulajadi , mandi dan memberi makan kepada ikan kelah.
|
Pemerhatian Burung |
- Spesies burung yang biasa dijumpai adalah spesies Enggang Badak, Burung Pacat dan Murai Batu
|
Bumbun Rimau |
- Penginapan RM5.00 seorang untuk satu malam
- Pengangkutan dikenakan bayaran sebanyak RM12.00 / orang (minima 5 orang) bagi perjalanan pergi dan balik. Manakala bagi kumpulan kurang daripada 5 orang, bayaran RM50.00 dikenakan untuk satu kumpulan bagi perjalanan pergi dan balik
- Antara hidupan liar yang boleh dijumpai adalah gajah, tapir dan kijang
|
Menikmati panorama dari Menara Seraya |
- Menikmati pemandangan puncak Gunung Tahan
|
Lawatan ke Air Terjun Sg. Kelam |
- Aktiviti berkelah dan mandi manda.
- Perjalanan bermula dari jeep track ke Air Terjun Sg. Kelam mengambil masa kira- kira 45 minit, dengan jarak 1.4 km.
*Harga ditentukan oleh operator
|
Pendakian Gunung Tahan
- Sungai Relau (Merapoh) - Gunung Tahan(puncak) - Kuala Juram 5 hari 4 malam
- Sungai Relau (Merapoh) - Gunung Tahan(puncak) - Kuala Tahan 7 hari 6 malam
LALUAN SUNGAI RELAU (MERAPOH) - PUNCAK GUNUNG TAHAN ALTITUD |
ANGGARAN JARAK (KM) |
Kuala Juram (309m) ke Kuala Luis (306m) |
5.0 |
Kuala Luis (306m) ke Lata Luis (558m) |
6.0 |
Lata Luis (558m) ke Kem Kor (750m) |
2.5 |
Kem Kor (750m) ke Permatang (874m) |
2.5 |
Permatang (874m) ke Kubang (1406m) |
3.5 |
Kubang (1406m) ke Belumut (1493m) |
1.5 |
Belumut (1493m) ke Bonsai (1705m) |
5.5 |
Bonsai (1705m) ke Botak (1943m) |
3.0 |
Botak (1943m) ke Gunung Tahan (2187m) |
2.4 |
Muat turun: Peta lakaran laluan Sungai Relau - Gunung Tahan - Kuala Tahan
Bayaran Terkini Untuk Jurupandu Ke Gunung Tahan:
BIL. |
LALUAN & TEMPOH |
KADAR (RM) |
1. |
Kuala Tahan - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Juram (Merapoh) (5 hari, 4 malam) |
1300.00 |
2. |
Kuala Tahan - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Tahan (7 hari, 6 malam) |
1200.00 |
3. |
Kuala Tahan - Air terjun - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Tahan (9 hari, 8 malam) |
1400.00 |
4. |
Kuala Tahan - Air terjun - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Juram (Merapoh) (9 hari, 8 malam) |
1400.00 |
5. |
Kuala Juram (Merapoh) - Gunung Tahan (puncak) - Air terjun - Kuala Tahan (9 hari, 8 malam) |
1400.00 |
6. |
Kuala Juram (Merapoh) - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Juram (Merapoh) (5 hari, 4 malam) |
950.00 |
7. |
Kuala Juram (Merapoh - Gunung Tahan (puncak) - Kuala Tahan (7 hari, 6 malam) |
1200.00 |
8. |
Caj bagi tambahan hari |
150.00/hari |
* Bilangan pendaki dihadkan kepada 48 orang pendaki sehari
* Bilangan pendaki dihadkan kepada 10 orang bagi seorang Pemandu Pelancong.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Penolong Penguasa
Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh
27210 Kuala Lipis, Pahang
Tel/ Faks: 09-915 0214 / 09-9150215
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Cetak
Emel