A A |   Arial | PT Sans | Century |
A- A A+

   faq2        hubungi2         maklumbalas2        peta2
 Soalan Lazim | Hubungi Kami | Aduan & Maklumbalas | Peta Laman

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Bagaimana ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang

Perjalanan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan sendiri mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang.

 

Penginapan

Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat.

 

Perkhidmatan Pemandu Pelancong

Pelawat digalakkan menggunakan perkhidmatan Pemandu Pelancong Berkemahiran Alam Semulajadi semasa berada di PKGK Kuala Gandah. Bayaran untuk seorang pemandu pelancong adalah sebanyak RM50.00 (maksimum 10 orang pelawat bagi seorang pemandu pelancong).

 

Jadual Aktiviti Pelawat  

MASA 
TEMPAT 
AKTIVITI
10.30 am Pintu pagar utama Pintu dibuka untuk pelawat masuk, meletakkan kenderaan di tempat letak kereta dan ke kaunter pendaftaran.
10.30 am
hingga
3.30 pm
1. Pagar Elektirk (Kawasan Pemerhatian Gajah)
2. Kawasan Anak Gajah
Memberi makan gajah dan bergambar
12.00 pm
hingga
2.00 pm
Auditorium (Bangunan Pendaftaran) Tayangan Video Traslokasi

2.15 pm
hingga
3.00pm
(hari biasa dan hujung minggu)

2.45pm
Hingga
3.15pm
( Jumaat sahaja)

1. Tepi Sungai Di kawasan Anak Gajah Gajah dewasa mandi bersama mahut (aktiviti bergantung kepada paras air sungai dan cuaca)
2. Pentas Pertunjukan Berinformasi
(Gajah dewasa bersama mahut, bergantung kepada keadaan cuaca)
3. Disebelah Kawasan Anak Gajah Bermesra bersama Anak Gajah
( bergantung kepada tahap kesihatan anak gajah)
3.30 pm Pintu pagar utama Pintu pagar utama di tutup kepada pelawat. Pelawat yang telah ada di dalam kawasan Pusat boleh berada di dalam sehingga pukul 4.15 petang

 

Semua perlaksanaan aktiviti pada pukul 2.15 petang bergantung kepada paras air sungai dan juga keadaan cuaca semasa. Jika paras air sungai tinggi dan hujan lebat, tiada sebarang aktiviti akan dilaksanakan. Sekian terima kasih

Kemaskini pada 19 Julai 2022

Boleh berubah tanpa sebarang notis

 

Waktu Lawatan:

HARI MASA
Isnin - Ahad 10.30 pagi - 3.30 petang

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 012-322 3934

E-mel: necc@]wildlife.gov.my
Website: www.wildlife.gov.my

 

 

Notis:

Jabatan PERHILITAN ingin menjelaskan bahawa maklumat di laman web selain daripada www.wildlife.gov.my seperti www.myelephants.org, http://elephantsanctuarymalaysia.blogspot.com, www.viator.com/kl-elephants dan sebagainya tiada sebarang kaitan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.

Jabatan PERHILITAN adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala pengurusan gajah di Semenanjung Malaysia dan tidak menerima sebarang kutipan wang daripada orang awam melalui akaun bank pihak ketiga.  Sekiranya terdapat sebarang nombor akaun untuk tujuan derma atau tabung bantuan gajah yang diwujudkan, ianya adalah atas usaha mereka sendiri tanpa pembabitan dan pengetahuan Jabatan PERHILITAN.

Cetak Emel

PERHILITAN

INFORMASI
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) 
Semenanjung Malaysia
Km 10, Jalan Cheras
56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-90866800       Fax : 03-90752873
E-mel : webmaster[at]wildlife[dot]gov[dot]my
                     
TAG POPULAR
                        
PAUTAN  
 Portal Rasmi Kerajaan Malaysia nrecc logo footerMAMPU
Logo Biro Pengaduan Awan BPA Logo Prestariangfor upload
                         
MEDIA SOSIAL 
Facebook icon Twitter icon tiktok Instagram Youtube icon RSS icon Mobile icon
   
STATISTIK PELAWAT

Bulanan : 76935 | Jumlah : 5428782

Kemaskini : 27 September 2023.

 

<a href="https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/lokasi-pusat-ekopelan <a splwpk-electronic-archive="splwpk-electronic-archive" href="https://www.wildlife.gov.my/index.php/pengumuman/466-panggilan-temuduga-jawatan-kontrak-renjer-hidupan-liar/"

 

 

 

 

 

 

Penerbitan