Taman Zoologi
Fungsi Bahagian
1. Merangka dan menyelaras Program Pengauditan Tahunan dan Pemeriksaan Berkala bagi premis Zoo dan Pameran Tetap (ZPT) agar selaras dengan Akta 716 dan Peraturan-Peraturan serta Garis Panduan di bawahnya.
2. Mengurus dan menyelaras program serta aktiviti-aktiviti di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) atau Perjanjian Program Konservasi Hidupan Liar di antara Jabatan dan zoo-zoo dalam dan luar negara supaya program konservasi hidupan liar yang dilaksanakan memberi faedah kepada Jabatan dan zoo.
3. Mengurus pengeluaran Permit Pengendalian Zoo dan Permit Pameran Tetap selari dengan Akta 716 dan Peraturan-Peraturan serta Garis Panduan di bawahnya.