Perutusan Ketua Pengarah
Selamat berkunjung ke Laman Web Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia.
Jabatan PERHILITAN sentiasa prihatin terhadap kehendak dan keperluan semasa dalam pengurusan lestari sumber biodiversiti negara. Sebagai sebuah agensi yang telah dipertanggungjawabkan dalam konservasi habitat dan spesies fauna liar negara, pihak Jabatan akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.
Laman web ini bertujuan untuk menyediakan maklumat berkaitan dengan Jabatan PERHILITAN, khususnya mengenai objektif-objektif dan fungsinya di dalam menjalankan usaha-usaha untuk konservasi sumber alam semula jadi negara. Para pelawat boleh mengunjungi laman web ini untuk mendapatkan maklumat sebenar mengenai pelbagai program konservasi yang dijalankan.
Saya berharap, melalui laman web yang disediakan ini, orang ramai bukan sahaja dapat mengetahui mengenai Jabatan dan aktiviti yang dilaksanakan tetapi juga mendapat maklumat mengenai aspek-aspek fauna. Semoga dengan pengetahuan yang diperolehi akan dapat sama-sama membantu di dalam usaha-usaha konservasi yang dijalankan.
Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih di atas sokongan yang diberikan dan berharap kita akan sama-sama mengecapi kejayaan di dalam usaha perlindungan, pengekalan dan penggunaan lestari habitat dan spesies hidupan liar.
Terima kasih.
YBhg. Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim
Ketua Pengarah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia