Pemilihan spesies adalah berasaskan nilai konservasi spesies tersebut atau nilai komersialnya. Spesies yang populasinya terancam memerlukan program pembiakan dalam kurungan bagi menambah bilangannya. Spesies bernilai komersil akan di biak untuk membekal penternak komersil. Ini akan secara langsung menjadi sumber pendapatan kepada kerajaan dan penternak.
Penternak komersil perlu mempunyai kawasan yang sesuai dan peruntukan kewangan. Borang permohonan untuk penternakan komersil boleh diperolehi dari mana-mana Jabatan PERHILITAN negeri atau laman web Jabatan. Setelah mengisi dan menghantar kepada Pengarah PERHILITAN negeri berkaitan, pihak Jabatan PERHILITAN negeri akan membuat penilaian dan lawatan tapak sebelum memanjangkan kepada Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN untuk penilaian seterusnya. Jika permohonan disokong, Jabatan PERHILITAN akan memanjangkan permohonan tersebut untuk kelulusan Menteri, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Kerja – kerja DNA yang dijalankan oleh Jabatan PERHILITAN memfokuskan ke arah mewujudkan pengecapjarian DNA bagi spesies hidupan liar di Malaysia bagi mengenalpasti sesuatu spesimen atau sebahagian spesimen hidupan liar. Ini adalah penting bagi tujuan konservasi dan penguatkuasaan. DNA juga digunakan untuk mengenalpasti jantina spesies burung, mahupun semasa peringkat masih anak. Jabatan juga sedang membangunkan teknik-teknik baru bagi ujian paterniti dan juga identifikasi individu hidupan liar.
Dalam Pengurusan Hidupan Liar:
Identifikasi spesies daripada bahagian-bahagian hidupan liar yang tidak dapat dikenalpasti dalam kes-kes rampasan kuatkuasa.
Dalam Konservasi Hidupan Liar:
Menilai dan mengukur struktur genetik populasi hidupan liar. Penambahbaikan genetik boleh dilakukan ke atas populasi yang mengalami diversiti genetik yang rendah melalui pengenalan baka baru. Boleh diaplikasikan kepada populasi dalam kurungan dan juga liar.
Jawapan: Memang benar senarai hidupan liar yang didaftarkan dalam lesen bagi permit biakbaka adalah hidupan liar yang dijadikan baka sahaja. Anak-anak yang lahir dari baka ini perlulah dicatat dalam buku stok. Memandangkan Jabatan masih belum mencetak buku stok biakbaka maka salinan borang buku stok boleh digunakan atau buku stok perniagaan (RM15). Anak biakbaka ini boleh dijual dan resit dikeluarkan oleh pembiakbaka. Untuk sementara ini, pembiakbaka perlu memiliki lesen berniaga untuk aktiviti penjualan mereka.
Jawapan: Pembiakbaka boleh menambah stok hidupan liar (spesies yang sama) mereka melalui anak yang dilahirkan, beli dari peniaga berlesen (pembiakbaka yang sah) atau menangkap melalui lesen memburu tanpa senjata. Baka (spesies yang sama) yang dikenalpasti perlu didaftar/lesenkan ke PERHILITAN Negeri (Jadual 1) dan mohon maklumkan ke HQ. Bagi hidupan liar Jadual 2 ia perlu dihantar ke HQ untuk tambahan Permit Khas.
Jawapan: Boleh dengan syarat ia mendapat kelulusan daripada Pengarah Negeri terbabit untuk menempatkan di permis lain. Pihak negeri perlu mengambil kira tentang bilangan, nombor penandaan dan tempoh pinjaman. Bagi spesies Jadual 2 kelulusan adalah daripada HQ (Ketua Pengarah).
Jawapan: Pada masa ini Jabatan belum menetapkan bilangan spesies untuk sesuatu permit atau tempat. Tapi bagi memudahkan pentadbiran dicadangkan agar setiap satu permit (tempat) biakbaka bilangan spesies digalakkan mengikut kumpulan yang sama supaya tiada timbul konflik. Sebagai contoh kumpulan Mamalia, Burung, Reptilia dan sebagainya.
Jawapan: Penternak hendaklah mengemukakan permohonan dan dihantar ke PERHILITAN Negeri dan akan dihantar ke HQ untuk kelulusan. Ini melibatkan spesies dari kedua-dua Jadual 1 dan 2.
Jawapan: Permohonan baru boleh dibuat sama ada pemohon telah atau belum mempunyai hidupan liar. Bagi pemohon yang belum mempunyai hidupan liar ia perlu nyatakan bagaimana sumber hidupan liar yang akan diperolehinya. Sumber ini perlulah dari sumber yang sah sama ada dari menangkap melalui lesen memburu, membeli dari Pet Shop, pembiakbaka dan Jabatan. Pemohon adalah digalakkan untuk mendaftar sehingga sepuluh ekor baka sebelum.
Jawapan: Pemegang permit diberi tempoh sehingga 14 hari untuk memohon memperbaharui permit dari tarikh tamat tempoh sah permit. Kegagalan berbuat demikian pihak Jabatan boleh mengenakan tindakan.
Jawapan: Pada masa ini terdapat perbezaan antara tarikh permit biakbaka dan lesen/permit khas dalam sistem e-lesen. Memandangkan sistem e-lesen masih tidak boleh selaraskan, jadi kita menganggap tarikh tamat tempoh adalah mengikut tarikh permit biakbaka.
Jawapan: Untuk sementara ini, penjualan hanya boleh dilakukan pada musim terbuka hingga 30 hari dari selepas itu. Jabatan mengalakkan agar penternak menunggu hingga mempunyai baka melebihi sepuluh ekor (10).
Jawapan: Penternak boleh menjual hidupan liar kepada sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun sekiranya pembelian tersebut hendak menyimpan ia perlukan lesen (menyimpan). Untuk sementera ini juga, pembiakbaka perlu memiliki lesen berniaga untuk aktiviti penjualan mereka.
Jawapan: Penandaan adalah wajib bagi setiap hidupan liar yang dibiakbaka. Jabatan mengalakkan pengunaan microchip bagi hidupan liar yang besar. Bagi hidupan liar yang sukar dibuat penandaan seperti buaya dalam kolam yang banyak, pelanduk, rama-rama, serangga, kura-kura dan sebagainya penternak perlu meletakkan label pada sangkar atau kolam. Jika haiwan tersebut ada peluang untuk ditangkap, jual, pindah dan sebagainya maka penandaan perlu dijalankan sebelum dijual atau untuk lain-lain aktiviti.
Jawapan: Pada umumnya ia tiada masalah, walau bagaimanapun permis tersebut tersebut perlu mempunyai dua permit iaitu permit biakbaka dan permit zoo/pameran tetap. Walau bagaimana pun mereka perlu mengambil permit zoo/pameran tetap. Syarat permit perlu diikuti seperti keperluan Pegawai Veterinar dan saiz kurungan bagi permit pameran dan zoo perlu dipatuhi. Jabatan mencadang agar dibuat dua kawasan iaitu kawasan pameran dibuka kepada orang awam dan kawasan biakbaka tidak dibuka kepada umum untuk memudahkan pentadbiran.
Jawapan: Anak hidupan liar hasil daripada telur yang dipungut dan dieramkan dikira sah jika sumber perolehannya yang sah. Contoh: telur ular sawa yang dipungut oleh pemburu yang sah dan diberi kepada pembiakbaka ular sawa untuk tujuan penetasan sebagai anak dikira hasil biakbaka yang sah.