Pelawat boleh memandu sendiri atau menggunakan pengangkutan awam (teksi) ke Kuala Koh dari Bandar Gua Musang, Kelantan.
Setiap pelawat wajib mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap satu joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera.
Terdapat 6 buah syele dan sebuah asrama yang mempunyai 70 katil. Urusan penginapan kini di bawah pengurusan pejabat Taman Negara Kelantan. Kemudahan penyewaan tapak perkhemahan sebanyak RM1.00 / orang / malam.
**kemudahan penginapan di Taman Negara telah ditutup buat sementara waktu untuk projek membaikpulih selepas banjir.
Terdapat beberapa lubuk utama bagi aktiviti memancing:
Taman Negara merupakan syurga kepada jurufoto kerana di sini terdapat keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian flora dan fauna.
Terdapat pelbagai spesies burung yang menjadi tarikan kepada permerhati burung antaranya Murai Batu, Enggang Badak, Kuang Raya, Enggang Terbang Mentua dan Cecawi Anting-Anting.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: