MyGov Portal
SearchFunction
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Feedback From
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation

Laman Web Rasmi Jabatan PERHILITAN

Kawasan Perlindungan

BAHAGIAN KAWASAN PERLINDUNGAN

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 17 negara mega diversiti di dunia yang kaya dengan kepelbagaian biologi sama ada di darat atau di laut. Kepelbagaian flora dan fauna di Malaysia adalah sangat tinggi dan dianggarkan terdapat 15,000 spesies tumbuhan vascular di Malaysia, 306 spesies mamalia, 742 spesies burung, 654 spesies amfibia, 506 spesies reptilia, 2,068 spesies ikan air tawar dan marin, termasuk sebilangan besar spesies yang bersifat endemik.

Bagi memulihara dan memelihara sumber biodiversiti ini, sebahagian kawasan tertentu telah diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan yang diuruskan oleh agensi pengurusan yang berbeza, dikawal oleh undang-undang yang berbeza serta merangkumi pelbagai kategori Kawasan Perlindungan.

Takrifan Kawasan Perlindungan (Peringkat Antarabangsa)

IUCN DEFINITION

A dearly defined geographical space, recognised, dedicated and managed, through legal or other effective means, to achieve the long-term conservation of nature with associated ecosystem services and cultural values.

(A detailed explanation of the definition can be referred to in the Guideline for Applying Protected Areas Management Categories (Dudley, 2008)

CBD DEFINITION

A geographically defined area which is designated or regulated and managed to achieve specific conservation objectives. While the definitions have slight differences, both definitions make reference to the need for

i. a stated objective for biodiversity conservation;
ii. dedication or designation of a defined area;
iii. regulation and management.

Takrifan Kawasan Perlindungan (Peringkat Kebangsaan)

Semasa Bengkel Kebangsaan yang pertama “A Master List of Protected Areas in Malaysia”  pada 7-8 April 2008, para pemegang taruh telah berbincang mengenai Definisi Kawasan Perlindungan bagi Malaysia dan bersetuju untuk menggunakan definisi CBD. Oleh itu, takrifan bagi sebuah Kawasan Perlindungan ialah kawasan yang ditentukan, yang mempunyai peraturan tertentu dan diuruskan untuk tujuan konservasi biodiversiti dengan objektif pengurusan yang jelas.

**Sumber: A Protected Areas Master List of Malaysia; A Tool for National Biodiversity Conservation, Management and Planning (Ministry of Energy and Natural Resources), 2022.

Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia adalah antara agensi/Jabatan yang memainkan peranan yang penting dalam pengurusan Kawasan Perlindungan di negara ini. Kawasan Perlindungan di bawah Jabatan PERHILITAN boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu taman negara, rizab hidupan liar, tanah lembap dan santuari hidupan liar. Bahagian Kawasan Perlindungan adalah Bahagian yang bertanggungjawab dalam mengurus dan memantau pelaksanaan perancangan dan dasar berkaitan Kawasan Perlindungan di bawah seliaan Jabatan PERHILITAN.

Objektif dan fungsi Bahagian Kawasan Perlindungan adalah seperti berikut:

OBJEKTIF

  • Melindungi dan memulihara Kawasan Perlindungan serta komponen yang terkandung di dalamnya termasuk flora dan fauna daripada kepupusan; dan
  • Mengurus dan membangunkan Kawasan Perlindungan secara lestari bagi memberikan manfaat optima kepada manusia dan membawa kesejahteraan kepada generasi masa kini dan akan datang.

FUNGSI

  • Merangka dan menyelaras program dan aktiviti pengurusan Kawasan Perlindungan selaras dengan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan;
  • Memantau dan menilai pelaksanaan program serta aktiviti pengurusan Kawasan-kawasan Perlindungan Jabatan;
  • Membantu serta memberikan khidmat nasihat teknikal kepada pihak pengurusan taman negara, rizab hidupan liar, tanah lembap dan santuari hidupan liar; dan
  • Melaksanakan program dan aktiviti bagi memenuhi obligasi Negara di peringkat antarabangsa berkaitan pengurusan Kawasan Perlindungan.

SENARAI KAWASAN PERLINDUNGAN JABATAN PERHILITAN

Jabatan PERHILITAN mengurus dan menyelia sebanyak 35 buah Kawasan Perlindungan di sembilan (9) buah negeri di seluruh Semenanjung Malaysia yang melibatkan kawasan seluas 720,396.85 hektar. Senarai Kawasan Perlindungan di bawah pengurusan Jabatan PERHILITAN adalah seperti berikut:

NEGERIKAWASAN PERLINDUNGANKELUASAN (HA)
JohorRizab Hidupan Liar Segamat12,979.54
Rizab Hidupan Liar Endau Kluang101,107.15
Rizab Hidupan Liar Endau Kota Tinggi43,520.10
Santuari Hidupan Liar Empat Pulau12.18
MelakaRizab Hidupan Liar Tanjung Tuan74.08
Rizab Hidupan Liar Sembilan Pulau25.14
PahangRizab Hidupan Liar Tengku Hassanal60,551.61
Santuari Burung Kuala Pahang1,482.70
Santuari Hidupan Liar Pahang Tua1,335.00
Taman Negara Pahang248,121.00
Tapak RAMSAR Tasik Bera31,225.00
Rizab Hidupan Liar Pulau Tioman8,018.85
SelangorRizab Hidupan Liar Bukit Kutu1,942.50
Santuari Hidupan Liar Bukit Fraser2,974.00
Rizab Hidupan Liar Klang Gate114.48
Rizab Hidupan Liar Bukit Kuala Selangor44
Rizab Hidupan Liar Bukit Sungai Puteh36
Rizab Hidupan Liar Sungai Dusun4,330.00
Paya Indah Wetlands450.77
PerakSantuari Hidupan Liar Batu Gajah4
Santuari Burung Tasek Budiman995
Rizab Tuntung Bota Kanan6.3
Rizab Hidupan Liar Chior401
Rizab Hidupan Liar Sungkai3,305.00
KedahRizab Tuntung Bukit Pinang1
Rizab Tuntung Sidam Kanan1
PerlisRizab Hidupan Liar Wang Pinang67.94
TerengganuTaman Negara Terengganu103,082.00
Rizab Tuntung Bukit Paloh1
Kuala LumpurRizab Hidupan Liar Bukit Nenas9.8
Rizab Hidupan Liar Bukit Sungai Puteh14.5
Negeri SembilanSantuari Hidupan Liar Pulau Port Dickson212.8
Pusat Santuari Buaya Tembaga3.408
KelantanTaman Negara Kelantan91,440.00
Pulau PinangTaman Negara Pulau Pinang2,508.00
JUMLAH KELUASAN720,396.85
Harini: 191