Inisiatif Bantuan Kerugian Harta Benda dan Tanaman (BKHT) merupakan satu bentuk bantuan kewangan secara one-off kepada penduduk kampung, komuniti setempat, Orang Asli, petani, nelayan dan penternak yang terjejas dan mengalami kerugian/ kerosakan harta benda dan tanaman akibat konflik hidupan liar. Maklumat lanjut mengenai BKHT boleh disemak melalui talian hotline Jabatan PERHILITAN 1-800-88-5151 atau di pautan laman www.wildlife.gov.my.