Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia mengendalikan aduan/ maklum balas ke atas sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berkaitan dengan bidang kuasa hidupan liar dan taman negara.
Sebarang aduan/pertanyaan berkenaan Hidupan Liar boleh dihantar terus ke SISPAA PERHILITAN di https://wildlife.spab.gov.my/
Aduan-aduan berkaitan anjing atau kucing adalah di luar bidang kuasa Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Untuk tindakan selanjutnya, tuan/puan dimohon mengemukakan aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkaitan.
Kerjasama pihak tuan/puan amat dihargai.
Terima kasih